Tuesday, September 8, 2009

~SElaMAt TinGGaL RaMButKU~

Muahahaha.akhirnya aku telah membuat keputusan drastik untuk memotong rambut ku kepada pendek Huhu. Agak nervous pada mulanya tapi aku relakan ianya dipotong. Ada yang suruh potong ada yang suruh simpan. Aku jadi konfius,sampai la ada seorang hamba Allah ni kata pendek lagi ok, maka aku ikut shj kata dear. Hehe. Aku potong dekat RAYMOND CHUN yang terletak di GARDENS di Midvalley. Servis yang diberi sangat selesa dan bagus. Jadi pegila ke sana okayh.





Aku pergi dengan rayza kawan baik aku dengan Faizal. Diorang yang teman aku pi sana sebab aku tak suka pergi sorang2. Bosan. Plus i needed opinion. Honest opinion from my beloved people. Betul? Of course la. Haha. Anyway thanks Rayza and Faizal ok.



So lepas ni jangan ada yang tak kenal aku plak okayh. Sebab kat opis da ramai yang buat begitu pada aku. Semua tak perasan itu aku. Haih...macam dilahirkan semula. Takpe2. Bulan pose mengajar erti sabar. HAHAHA. C yA LatEr!!!!!

New ME

Tuesday, August 11, 2009

-KHATIMAH CINTA-


Oh tidur malam

Nyanyikan lagu

Rindu hatiku

Yang terpendam

Oh bintang malam

Lukis wajahku

Katakan aku

Pergi

Genggamlah cinta

Yang kuberikan

Simpanlah slalu

Dalam hati

Ku akan slalu

Dalam mimpimu

Menemani tidurmu

Sudahlah sudah

Kuharus pergi

Jangan kau tangisi

Aku lagi

Biarku bawa

Seluruh cintamu

Ku dakap dalam

Tidur panjangku…

Peluk tubuhku

Kecup pipiku

Relakan saja

Aku pergi





-lagu ini aku tujukan khas untuk seorang manusia yg aku sangat cintai-

Saturday, August 8, 2009

-GOSIP HANGAT-


Adelah satu kisah ni... Aku saja jelah kan...Seorang kawan aku ni...dikatakan bercinta,ataupun mungkin ada sedikit perasan cinta dalam dadanya terhadap seorang wanita ini. Siapakah wanita itu. Rakan sekerja mamat ni juga!!!! Kami semua satu opis!hahahaha...agaknya aku sorang je kut yg perasan. Sbb tak pernah2 si BADGUYHUH ni rapat dgn minah sorang ni. Tiba2 kan pergi beraktiviti bersama2..hahahha...jangan marah BADGUYHUH...

Tuesday, July 28, 2009

-KEMPUNAN-

Pernah tak korang rasa macam kempunan giler nak makan sesuatu? Aku kebelakangan ni asyik teringat kat twister KFC je. PEHHHHH!!!Kalau dapat seketul mmg tenteram lah jiwa. Tapi bila pikir2 balik, aku sendiri tertanya-tanya. Kenapa badan kita leh tiba2 rasa kempunan? Nak kata tak cukup makan,cukup tapi mulut tetap nak rasa twister. Dari mana rasanya perasaan kempunan tu datang yer? Siapa tahu konngsi2 la ngn aku k.

Tuesday, July 21, 2009

-KeJAm-


Mengapa CINTA sgt kejam pada aku,

Apakah salah mencintai setulusnya,

Benarkah CINTA ini bisa membahagiakan,

Atau hanya dusta semata...


Sepnuhnya ku curahkan padamu,

Seteguhnya ku pegang CINTA mu,

Sedalamnya ku selam hatimu,

Segagah ku korban untuk mu...


Namun harum yang ku idam,

Angan yang ku pendam,


Hancur luluh...

Digulir waktu...
Kini aku redha,
Takdir CINTA ku di jalan ini,
Akan ku tempuh,
Walau kelam penuh duri...
-Mungkin ini memang jalan Takdir ku.-
Ku doa pada esa,
Moga kau berbahgia dengannya,
pengganti diriku,
kerana dia butuh cintamu,
seperti juga aku dulu.





Thursday, July 16, 2009

-C.I.N.T.A-

Bila kita dengar perkataan cinta,apa yang kita fikir? cinta itu buta,cinta itu indah,cinta itu menyakitkan,serik bercinta...mcm2 lagilah org akn cakap. Tapi bagi aku, C.I.N.T.A buat aku senyum sendiri,dari malas ke rajin,dari jahat ke baik, dari sunyi ke ceria dan dari kecewa ke bahagia. Aku akui, mmg cinta datang tanpa diundang, kdng2 wlupun elok di pandangan mata tapi tak smestinya kita jatuh cinta..Dan bagi aku cinta datang dari persamaan yang dirasai dan perbezaan yang melengkapi sesama pasangan. Dulu aku kecewa, hati aku sangat rapuh dan ada kala mcm dah tertutup untuk bercinta. Tapi CINTA hadir tanpa diduga... Sinar bahagia yang dulunya samar kini makin jelas... Walaupun aku tahu percaturannya, cabaran itu yang harus aku lalui.



C.I.N.T.A dalam hati

Kisah aku akan menampakkan aku merampas kebahagiaan yang dimiliki orang lain...tapi mungkin bahagia yang dia ingin rasa datangnya dari aku, aku tak minta untuk mencintai aku. Tapi kalau itu yang tersirat kat hati dia, aku yang turut merasa debaran yang sama...aku terima. Dan kini dia hanya ingin bersama aku. Bahagia itu aku rasa kini. Dan akan aku simpan cinta ini sperti mana aku sebelum ini. Dan aku hanya mampu berdoa ia kekal. Terima kasih cinta.....


Tuesday, July 14, 2009

-TAKDIR CINTA-

Ku tutup mataku
Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu
Ku yakin ada cinta
ketulusan hati
Yang mengalir lembut

Penguasa alam
Tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh
Pada sumur dosa
yang terkutuk
Dan menyesatkan cintaku

Andaikan ku bisa
Lebih adil
pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi
yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup
seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia
bukan ku yang mau

Oh Tuhan
tuntunlah hatiku

Friday, July 10, 2009

-CAMELIA-

Camelia maafkanlah aku
Karna ku tak bisa temani tidurmu
Camelia lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku

Kau wanita terhebat
Yang pernah
singgah di hatiku

Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakanlah aku

#

Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati

##

Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku

Camelia

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku

Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku


Camelia

Saturday, June 6, 2009

-KRABI-

Hai sumer! baru-baru ini aku ade pergi bercuti. So malas nak citer panjang sebab kerja aku snap dan edit gambar je!!hehe. So inilah antara hasil kreativiti aku.. Saja nak kongsi dengan korang sumer. By the way, nama photography aku adalah 45 Degree Photography.













Nanti senang-senang aku tambah lagi. Daaa.....~

-SORI-



SORRY LA SBB LAMA GILER TAK UPDATE BLOG..HUHUHU.SAKIT TMBH BZ

Monday, March 30, 2009

PHOTOSKU

Aku saja jer cuba-cuba edit gambar ni.hehe. Model nyer???Haruslah akuu!!!haha












Saturday, March 28, 2009

Preparation Penuh Konflik

Haha. Saja je aku letak topik ini. Aku nak cerita tentang persediaan kami menjelang fashion show itu. Walaupun tugas aku hanya sebagai Model dan Penyanyi untuk majlis itu, tapi sebagai artis penuh dedikasi aku turun padang bersama krew2 dan peminat untuk membuat persediaan (Very the). Yang ada malam tu hanya Riz,Yann,didy,Maggie dan aku. Aku datang malam tu pun sebab nak buat soundcheck sahaja. Pentas tu kami buat simple2 jer sebab tak cukup masa dan KAKITANGAN. Ini projek budak fashion sebenarnya, tapi....mana mereka.....???perlikkk. Takpelah,its ok.

Pentas yang simple.

Konfliknya adalah apabila mereka2 ini,mungkin juga aku tidak berpuas hati akan tidak kehadiran seseorang ini malam itu. Zabedah (bukan nama sebenar). Isu yang ditimbulkan ialah kunun2nya ini adalah majlis nya,tetapi tidak muncul untuk memberi pertolongan atau idea. Makanya aku dan Zabedah pun berbalas2 sms bertekak2 manja. Sehingga ada yg terkecil hati. Maggie da ckp jangan balas. Aku degil,geram sgt..kene jugak balas. Akhirnya aku yang sakit hati. Tetapikeesokkan paginya, Zabedah dtg kat aku, explain elok2. Rupanya ini bukan salah dia langsung. Ini bukan lah majlis nya. Ini budak2 Fashion punya majlis tapi yg dtg hanya Yann dan Riz. Yang lain memang macam hauk. Kalau baju2 korang buat tu chanteekkk sgt nak buat perangai mcm tu takper. Ini..malas la aku nak ckp kan. Tapi nasib baik kami mampu lagi membuat kerja dgn riang hati. Sebab kami memang begitu. Hehe. Maggie pun sempat jugak menari ala2 pendekar wanita melayu terakhir .


Kelembutan seorang Wanita
bernama Winnie Oh.

Tuesday, March 24, 2009

MAKEUP CONTEST AT LQ

Hai uols! Hari Jumaat lepas aku pasti ramai yg duk kuar pi clubbing kan? Dan korang pun musti ade dpt msg daripada LQ yg diorang ade buat makeup contest kan? ha.....Eyoi Team Makeup Artistic pun bila dapat tahu pasal tu terus tak lepas peluang. Kami dapat tau petang tu. Malam tu jugak model2 dan jurumekap di panggil untuk bersiap sedia. Kami hantar 4 org model untuk dipertaruhkan bertemakan Fantastic. Dan juru mekapnya ialah Eyoi,Didy, dan Riz. Eyoi dia makeup 2 orang so Haruslah pakai konsep TAMAKKK kannn???hehehe.minta maaf eyoi!Ijam jgn belasah I ok?sekujur tubuh....haha.

Tapi walaupun kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang,kami tetap menang!!!hahaha. Sebab mereka more to FACE PAINTING. Jadi rasanya yg amat menepati tema ialah kami.Tempat pertama dan tempat kedua kami bolot. So total hadiah kami bawa pulang ialah 500 ringgit. Macam faktor model pun ade jugak! Tapi itu terpulang kepada anda yang menilai di LQ aritu ok? So,aku tampilkan para pemenang dari pihak kami.

ASH : Jurumekap EYOI
Tempat Pertama
Hadiah RM 300


FIRA : Jurumekap DIDY
Tempat Kedua
Hadiah RM 200

So lepas da tahu keputusan,kami apalagi...bersuka ria lah sekejap. kannn???walaupun aku cari eyoi ntah mana ilangnya...ada unsur??? Fira siap kau yer..Aku terus dapat nama UNSUR pada malam itu. Apakah motif pun taktau. wa pu che tau. walaupuunnnnn..huh. Kami pergi ramai sebenarnya. Aku, Eyoi, Maggie, Riz,Yann,Didy, Fira dan boyfriend die. Walupun BF dier mcm "tergolong dgn crowd" tapi takpelah...hahaha. Apa2 pun kami terutama sekali aku berasa sangat happy dan enjoy walaupun penat dan byk masalah melanda fikiran. Sebab kami semua sekepala. Biarlah orang nak cakap apa pun.


Aku dan Maggie. Kekasih Gelapku.haha.

Aku dan Eyoi. Sangat happy.

Jadi kepada korang semua, thanks sebab berada di sisi aku ketika aku memerlukan seseorang. Thanks atas kata2 semangat dan dorongan. Luv uols!!! Esok kita kemana kita????aderlahhhh........

Thursday, March 19, 2009

Konsert Akademi Fantasia Minggu 1


Pada Sabtu lepas uols semua musti da tengok konsert AF yg pertama kan? Apa kah first impression anda semua? Bagi aku first impression aku, mereka seperti membuat konsep baru dari segi konsep kamera, konsep muzik, dan konsep kritikan. Tapi pembaharuan yg diorang buat mmg bagus. Sebab aku rasa AF kali ni nampak lebih matang dan pro. Bakat2 yg ditampilkan pun boleh dikatakan setara shj semua peserta. Jadi kita dapat tengok persaingan yang sengit antara peserta musim ke 7 ni. Tahniah2!.

Baiklah. Tiba masa untuk kita menilai para pelajar musim ketujuh ni selepas mereka mengeluarkan vokal mereka buat pertama kalinya Sabtu lepas. Pada aku semuanya mempunyai vokal yang tersendiri. Tone yang unik. Tapi secara peribadi, aku suka dan kagum dengan tone seorang pelajar lelaki ni yang bernama AKIM. Tone dia bagi aku sgt unik. Sebab ala2 serak2 basah gitu bila menyanyi. Dan ini bukan dibuat2 yer. Ini memang tone dia yang original. Dan gaya persembahan dia yang bersahaja masa konsert aritu pun memikat hati penonton. Walaupun dia ni dikatakan agak nakal dalam akademi. Tapi mungkin jika dia ubah perangai dengan menjadi lebih serius dan fokus, dia boleh beri yang lebih bagus untuk konsert akan datang.


Akim

Pelajar kedua yang aku kagumi tone suara dia adalah CLAUDIA. Sekali dengar dia nyanyi saling tak tumpah dengan diva negara kita iaitu Dayang Nurfaizah. Mungkin orang akan cakap "Kita taknak ade 2 Dayang" . Tapi si Claudia nih bukan tiru gaya vokal dayang atau seni persembahan beliau, Claduia ni mmg dilahirkan dengan tone suara seperti itu. Tidak lah 100 peratus ama dengan Dayang. Mungkin apa yang Claduia perlu buat ialah cari identiti sendiri. Fikir konsep Muzik yang sesuai dengan suara dan diri dia. Mungkin Dayang Ratu RNB, Claduia mungkin meminati genre muzik yang beralainan. Ada betolllll???????? Persembahan dia pada konsert minggu pertama agak memberansangkan dan simple. Tapi mesej nya sampai.


Claudia
Pelajar terakhir yang menjadi pilihan aku untuk konsert pada kali ini ialah ARIL. Kenapa? Ade yang kata vokal nya hanya sekadar biasa sahaja. Tiada apa yang menarik. Tapi yang menarik nya pada Aril ni ialah energy ataupun tenaga yang dikeluarkan semasa persembahannya. Mampu mempengaruhi pnonton. Mungkin bila ade waktu di mana konsert AF menjadi bosan, mungkin Aril mampu menaikkan mood para penonton.kan???Dia ni jugak pandai shuffle. Cuma baru-baru ni dia ada lah sedikit krisis dengan salah seorang pelajar wanita di akademi. Rini. Aku tak menyebelahi mana2 pihak cuma apa yang aku nak cakap, wanita memang sensitif dan hati mereka kene dijaga. THNXXX!!!hahahaha.


Nantikan KONSERT AKADEMI FANTASIA ke 2. Apakah ada yang akan tersingkir??? AFUNDI PELAJAR KESAYANGAN ANDA OKAYH???

Monday, March 2, 2009

-Sampai Menutup Mata-


Embun di pagi buta,
Menebarkan bau basah,
Detik demi detik kuhitung,
Inikah saat ku pergi?

Oh tuhan ku cinta dia,
Berikanlah aku hidup,
Takkan ku sakiti dia,
hukum aku bila terjadi.

aku tak mudah untuk dicintai,
aku tak mudah mengaku ku cinta,
aku tak mudah menyatakan aku jatuh cinta,
senandungku hanya untuk cinta,
tirakat ku hanya untuk engkau,
tiada dusta,
sumpah ku cinta,
sampai ku menutup mata...

Cintaku....


Sampai ku menutup....


Mata....

Sunday, March 1, 2009

-What a Weekend

Hai semua!!!aku telah aktif semula dalam dunia2 blog ni.YErlah lama sangat menyepi kan. So harap2 adalah yg membacanya yer.Hehe.Sepatutnya aku mulakan blog ni dengan satu aktiviti yang lain.Tapi disebabkan Gambar2 nya ada pada orang lain, so kene lah tunggu sekejap yer.Tapi apa kurang nya dengan yang ni.Oklah aku mulakan yer...

Aku bangun tidur pun sah2 lah dah tgh hari kan. 2 3 hari sebelum tu da plan dengan Didi@Chef DIDIER nak buat masak2 Ahad tu. So tepat pukul 3 DIDIER pun sampai la kat umah. Aku,Eyoi ngn Didi pun pergi ke GIANT untuk beli barang2 masak. Aku tak tau ape pun nak beli, pendek citer Didi yang pilih semua barang. Banyak jugak lah,tapi stok utk berhari lah.

Chef DIDIER pun mulalah memasak dengan professional nyer dan yakinnyer. Menu kami ialah Ayam masak LEMAK CILI PADI yer...favourite aku tuh. Dengan sayur,sbb tak lengkap kalau takder sayur. Sebagai artis,makanan yang seimbang amat penting buat kami.hahaha. Lepas da siap masak, kami pun apa lagi, balun lah macam org tak makan 10 hari. Si eyoi duk "hatchummmm!..hatchummmm!" Tak tahan bau belacan katanya...biaserlah......Orang yang lahir tak cukup vitamin ni.heheh.

Singgah lah di VILARIA INTAN CUISINE

Lepas dah makan2 semua, kitorang pun plan lah nak pergi ke masjid jamek sebab nak teman eyoi pergi beli kain nak buat baju kahwin. Tapi bak kata kitorang, Masjid Jamek tu sekadar destinasi untuk memanaskan badan sahaja.Warm up. Lepas tu adalah aktiviti lain yang bakal muncul kan....kataaaanyaaaa.....Tapi kami gerak agak lambat dalam pukul 9 malam mcm tu. Masing2 nak buat rambut kan.Masing2????ke aku sorang jer.hahah..So gerak pun dah lambat akibatnya,kedai pun sikit jer lah yg bukak.Tapi itu sbb hujan,bukan sbb pergi lambat. Tal lupa yer,ade yg mendapat gelaran malam itu...SITI PAYUNG.

Kami pun berangkat lah ke Bukit Bintang dalam keadaan hujan tu. Nasib baik SHAH ade kereta. Thnks GG.hehe. Sampai2 kat BB, taktau nak pi mana sbb ujan. So kitorang pun lepak lah kat kedai yang aku panggil CK cafe...nama glamour kan??? Sebenarnya CEKIK DARAH CAFE. Mana taknya,air minimum 4.00. So,kitorang pun minum jerlah. Harga tak padan ngn kedai yang beser2 jer. Nasib baik lah ade band. Kami siap request lagu lagi..IM YOURS. Mantoooppp!Terima kasih lah pada band itu yer kerana sudi menyanyi utk kami.


Terima kasih kepada KUGIRAN ini.
IM YOURS

Lepas dah lepak2 situ,kitorang pergi lah ke uptown Danau kota dengan harapan, tak ujan. Tapi ujan sikit2 jugak. Kedai pun tak byk bukak. So SHAH ajak makan kat satu kedai yang sedap...kataaaanyaaaa....tpi sedap jugak sbnrnyer.

TIBA2!!!!!!! Eyoi mendapat satu text msg dari Karmila bukan nama sebenar, yang menyatakan ada student dia mengalami keracunan klorox. Jadi kami pun bergegas ke Setiawangsa lebih tepat lagi Klinik IDZHAM utk bawak budak tu ke hospital terdekat. Atas panduan SHAH yang bawak kereta macam bawak menteri, kami sempat sampai tepat pada masanya. Agak lama jugak lah kat situ. Nak setel wad segala bagai. Haih....aku taktau nak cakap apalah kan. Tapi kadang2 sebab CINTA org sanggup buat apa shj. Sampai membahaykan nyawa sendiri. Sekurang2 nya malam tu aku sedar lah sesuatu. Kita jangan terlalu terpengaruh dgn CINTA. Kita kene tahu macam mana nak kawal perasaan dengan minda kita. Nyawa adalah perkara yang paling berharga. Cinta tu boleh tapi berpada2 lah. Jangan lah terlalu obses. Kalau yang tak bgus,ramai lagi yang kita boleh cari,yang boleh bahagiakan kita. okayh adik2 sekalian?heheheh.Aku bercakap ni sambil menasihati diri aku sendiri. So di kala2 tgh insaf tu sempat jugak aku pose...artis.


Dalam pukul 4.30 jugak lah sampai umah. Dah sampai umah ingt citer dah habis,belummmmmmm lagi daaaa. Pintu umah pulak takleh bukak.Stuck! Pehhhhh.Aku mmg taktau nak ckp aperlah kan.huhu. 30 minit puas mencuba,akhirnya DIDI jugak lah yg berjaya bukak pintu kami.Alhamdulillah. Kitorang pun makan lagi skali masak lemak tu.lapar kan. Lepas tu...apalagi...titolahhhhhh...hehehe...


S.E.K.I.A.N

Saturday, February 28, 2009

SHOW Eyoi Team Makeup Artistic (ETMA)

Akhirnya aku buat jugak blog pasal show makeup hari tu.Aku sebenarnya malas lah nak cerita panjang sebenarnya. Sebab mostly hanya shw dan jugak catwalk semata2.Tak banyak kejadian yang boleh diceritakan. KECUALILAH......antaranya mikrofon aku tiba2 rosak di hujung2 lagu show yg pertama. Nasib baik da bertaraf DIVA kan.so dengan relax nyer rakan duet aku RIZ bagi mic die kat aku n suruh aku sambung trus lagu tu sampai abis. Aku jugak akan menampilkan antara2 makeup2 dan model2 pilihan aku yang aku rasa memang menonjol pada hari tu.So,saksikan lah yer.



Luka di bahu dia sangat menyerlah




Hampir2 menerupai Jangan Pandang Belakang





Sangat-sangat menghayati watak.

So itulah antara model2 pilihan aku. Bukan paras rupa menjadi taruhan tetapi keberkesanan tugas yang diberikan itu diambil kira. So,Congratulations. U guys are still on the running towards becoming America's Next Top Model. HAHAHA. So disamping itu adalah jugak gambar2 yang di ambil sementara tunggu show start. Susah ramai sgt peminat.Hahaha. Sekali sekala artis turun padang kan?kataaanyaaaa....




Aku dan Nadzri serta hantu-hantu yang gila glamour






Aku,Eyoi, dan Nadzri pose Diva.Shading tetap!hehe





Aku menyanyi penuh feeling. Thnks Maggie jadi prop Heroin.






Lagu Mahakarya Cinta (konsep Sampai Syurga AJL)

Feeling sangat.







Taktau nak cakap apalah kan,tapi Nadzri mcm dengki jer ngn aku.

Saja touch up aku over2 kan. Angkat seluar bagai.