Wednesday, November 24, 2010

Blood Pressure

Baru- baru ni aku pergi ke medical check up. Yang biasa-biasa punya medical check up la dekat satu medical center ni. Aku sampai awal, pukul 8.30 pagi tepat aku dah terpacak kat bahagian health screening. Lepas dah register semua aku pun duduk kat sofa, rasa macam nak tidur sbb malam sebelumnya aku tak cukup tidur. So dari sini korang dah tau yang aku letih kann?? tapi bukan sebab berlari or ape2 ke cuma sebab tak cukup tidur. So nurse yang cantik molek ala2 orang gaji datuk Tirana dalam TARI TIRANA tu panggil nama aku.."CIK Mohamad Fazree...Fazree!"
Cik katenye!!!kenapa tk panggil puan terus! Aku pun catwalk la tengah-tengah bilik tu untuk pergi buat ujian air kencing. Ternyata aku bersih dari sebarang unsur dadah ye! lepas buat test yang menjatuhkan maruah aku tu(sbb bawak sample air kencing tengah2 org ramai),aku pun duduk lagi kat sofa tu tunggu untuk buat x-ray.
Nurse tu pun panggil aku lagi sekali untuk buat x-ray. Aku diiring mcm permaisuri ok! Mamat radiologi tu suruh aku sandar kat plat besi sejuk tu untuk scanning...adela beberapa bahagian badan aku yang kebas masa tu!haha..

lepas tu, kemuncak segalanya berlaku! Aku pi timbang berat badan ngan amik tinggi. penting bagi aku ye sebagai seorang model berjaya.hahah
Nurse tu agak peramah masa buat checking berat and tinggi. Berat aku dia salah tulis ok! 59.5kg jadi 69.5 kg..pantas aku suruh dia tukar!

Akhirnya blood pressure aku di ukur....Dia tny "äwak baru lepas lari ke?"...aku jawab tak. Pastu dia cakap aku nye blood pressure tinggi sikit..Aku terus diam....dalam otak aku cuma satu benda je aku pikir...
Sebab STRESS..

Hurm...sebab itu lah lepas dari med check up aku fokus untuk menghappykan diri aku...hehehe....
harap korang pun dapat hapy kan aku...

Saturday, November 6, 2010

Birthday Wishlist



Hehe...ntah kenapa aku asyiks enyum je bila buat birthday wishlist ni. Walaupun pada hakikatnya ia sekadar wigh je kn. Hurm...Sebenarnya tak banyak yang aku idam kan untuk memiliki. Maybe sbb aku ni bukan jenis yang terlalu obses dengan barang kot. Tapi....stil ade barang yang aku rasa agak bagus jgk kalau aku ada...hehhe... Aku pernah dapat handphone,minyak wangi baju,kasut...dan sebainya untuk birthday aku yg lepas2...Untuk tahun ni aku teringin nak ade benda2 seperti di bawah ini dalam kotak hadiah yg diberikan pada aku.hahahah...
Pertama: NOKIA E72

Handphone Nokia E72 ni buat aku teringat pada E71 yang aku pernah ada...Tapi E72 ni aku rasa lebih canggih dan design dia lebih sophisticated. Even ramai yang skerang ni pakai BB,Iphone 4...Tapi aku tak berapa kempunan sgt dgn benda2 tu...sbb function sama je dgn yg laion2...hanya keistimewaan dari segi branding dengan private messenger. Aku pernah pakai iPhone and aku rasa memang iPhone bagus...seriously!!!So aku rasa nak pakai nokia balik..Ade dua phone pun bgus jgk ea...hehehe..

Kedua:



Kasut ala-ala paul Smith..hhehe....ni mmg saje je la aku nak kan.,takde reason spesifik pun. Teringin nak bergaya.tu je.hehe

So itu jelah birthday wish aku...Tak banyak pun..sikit je..kalau satu malaysia kumpul2 ramai2 pasti impian akan tercapai!!!!hahahahaha...

!!!WOW!!!


WOW!!! Lamanya aku tak update blog. Makan tahun siot!!Hehe...Takpelah yang penting aku update blog. Hurm.. Macam2 jadi sepanjang2 aku tk update blog nih. Kisah cinta,persahabatan...semuanya lah. Dan banyak juga la yang aku belajar dari kesilapan2 aku sepanjang tempoh masa tu. Takpelah... yang penting aku akan InsyaAllah cuba untuk update blog ni dari semasa ke semasa. Ok? hehehe...

Tuesday, September 8, 2009

~SElaMAt TinGGaL RaMButKU~

Muahahaha.akhirnya aku telah membuat keputusan drastik untuk memotong rambut ku kepada pendek Huhu. Agak nervous pada mulanya tapi aku relakan ianya dipotong. Ada yang suruh potong ada yang suruh simpan. Aku jadi konfius,sampai la ada seorang hamba Allah ni kata pendek lagi ok, maka aku ikut shj kata dear. Hehe. Aku potong dekat RAYMOND CHUN yang terletak di GARDENS di Midvalley. Servis yang diberi sangat selesa dan bagus. Jadi pegila ke sana okayh.





Aku pergi dengan rayza kawan baik aku dengan Faizal. Diorang yang teman aku pi sana sebab aku tak suka pergi sorang2. Bosan. Plus i needed opinion. Honest opinion from my beloved people. Betul? Of course la. Haha. Anyway thanks Rayza and Faizal ok.



So lepas ni jangan ada yang tak kenal aku plak okayh. Sebab kat opis da ramai yang buat begitu pada aku. Semua tak perasan itu aku. Haih...macam dilahirkan semula. Takpe2. Bulan pose mengajar erti sabar. HAHAHA. C yA LatEr!!!!!

New ME

Tuesday, August 11, 2009

-KHATIMAH CINTA-


Oh tidur malam

Nyanyikan lagu

Rindu hatiku

Yang terpendam

Oh bintang malam

Lukis wajahku

Katakan aku

Pergi

Genggamlah cinta

Yang kuberikan

Simpanlah slalu

Dalam hati

Ku akan slalu

Dalam mimpimu

Menemani tidurmu

Sudahlah sudah

Kuharus pergi

Jangan kau tangisi

Aku lagi

Biarku bawa

Seluruh cintamu

Ku dakap dalam

Tidur panjangku…

Peluk tubuhku

Kecup pipiku

Relakan saja

Aku pergi





-lagu ini aku tujukan khas untuk seorang manusia yg aku sangat cintai-

Saturday, August 8, 2009

-GOSIP HANGAT-


Adelah satu kisah ni... Aku saja jelah kan...Seorang kawan aku ni...dikatakan bercinta,ataupun mungkin ada sedikit perasan cinta dalam dadanya terhadap seorang wanita ini. Siapakah wanita itu. Rakan sekerja mamat ni juga!!!! Kami semua satu opis!hahahaha...agaknya aku sorang je kut yg perasan. Sbb tak pernah2 si BADGUYHUH ni rapat dgn minah sorang ni. Tiba2 kan pergi beraktiviti bersama2..hahahha...jangan marah BADGUYHUH...

Tuesday, July 28, 2009

-KEMPUNAN-

Pernah tak korang rasa macam kempunan giler nak makan sesuatu? Aku kebelakangan ni asyik teringat kat twister KFC je. PEHHHHH!!!Kalau dapat seketul mmg tenteram lah jiwa. Tapi bila pikir2 balik, aku sendiri tertanya-tanya. Kenapa badan kita leh tiba2 rasa kempunan? Nak kata tak cukup makan,cukup tapi mulut tetap nak rasa twister. Dari mana rasanya perasaan kempunan tu datang yer? Siapa tahu konngsi2 la ngn aku k.