Monday, March 30, 2009

PHOTOSKU

Aku saja jer cuba-cuba edit gambar ni.hehe. Model nyer???Haruslah akuu!!!haha












Saturday, March 28, 2009

Preparation Penuh Konflik

Haha. Saja je aku letak topik ini. Aku nak cerita tentang persediaan kami menjelang fashion show itu. Walaupun tugas aku hanya sebagai Model dan Penyanyi untuk majlis itu, tapi sebagai artis penuh dedikasi aku turun padang bersama krew2 dan peminat untuk membuat persediaan (Very the). Yang ada malam tu hanya Riz,Yann,didy,Maggie dan aku. Aku datang malam tu pun sebab nak buat soundcheck sahaja. Pentas tu kami buat simple2 jer sebab tak cukup masa dan KAKITANGAN. Ini projek budak fashion sebenarnya, tapi....mana mereka.....???perlikkk. Takpelah,its ok.

Pentas yang simple.

Konfliknya adalah apabila mereka2 ini,mungkin juga aku tidak berpuas hati akan tidak kehadiran seseorang ini malam itu. Zabedah (bukan nama sebenar). Isu yang ditimbulkan ialah kunun2nya ini adalah majlis nya,tetapi tidak muncul untuk memberi pertolongan atau idea. Makanya aku dan Zabedah pun berbalas2 sms bertekak2 manja. Sehingga ada yg terkecil hati. Maggie da ckp jangan balas. Aku degil,geram sgt..kene jugak balas. Akhirnya aku yang sakit hati. Tetapikeesokkan paginya, Zabedah dtg kat aku, explain elok2. Rupanya ini bukan salah dia langsung. Ini bukan lah majlis nya. Ini budak2 Fashion punya majlis tapi yg dtg hanya Yann dan Riz. Yang lain memang macam hauk. Kalau baju2 korang buat tu chanteekkk sgt nak buat perangai mcm tu takper. Ini..malas la aku nak ckp kan. Tapi nasib baik kami mampu lagi membuat kerja dgn riang hati. Sebab kami memang begitu. Hehe. Maggie pun sempat jugak menari ala2 pendekar wanita melayu terakhir .


Kelembutan seorang Wanita
bernama Winnie Oh.

Tuesday, March 24, 2009

MAKEUP CONTEST AT LQ

Hai uols! Hari Jumaat lepas aku pasti ramai yg duk kuar pi clubbing kan? Dan korang pun musti ade dpt msg daripada LQ yg diorang ade buat makeup contest kan? ha.....Eyoi Team Makeup Artistic pun bila dapat tahu pasal tu terus tak lepas peluang. Kami dapat tau petang tu. Malam tu jugak model2 dan jurumekap di panggil untuk bersiap sedia. Kami hantar 4 org model untuk dipertaruhkan bertemakan Fantastic. Dan juru mekapnya ialah Eyoi,Didy, dan Riz. Eyoi dia makeup 2 orang so Haruslah pakai konsep TAMAKKK kannn???hehehe.minta maaf eyoi!Ijam jgn belasah I ok?sekujur tubuh....haha.

Tapi walaupun kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang,kami tetap menang!!!hahaha. Sebab mereka more to FACE PAINTING. Jadi rasanya yg amat menepati tema ialah kami.Tempat pertama dan tempat kedua kami bolot. So total hadiah kami bawa pulang ialah 500 ringgit. Macam faktor model pun ade jugak! Tapi itu terpulang kepada anda yang menilai di LQ aritu ok? So,aku tampilkan para pemenang dari pihak kami.

ASH : Jurumekap EYOI
Tempat Pertama
Hadiah RM 300


FIRA : Jurumekap DIDY
Tempat Kedua
Hadiah RM 200

So lepas da tahu keputusan,kami apalagi...bersuka ria lah sekejap. kannn???walaupun aku cari eyoi ntah mana ilangnya...ada unsur??? Fira siap kau yer..Aku terus dapat nama UNSUR pada malam itu. Apakah motif pun taktau. wa pu che tau. walaupuunnnnn..huh. Kami pergi ramai sebenarnya. Aku, Eyoi, Maggie, Riz,Yann,Didy, Fira dan boyfriend die. Walupun BF dier mcm "tergolong dgn crowd" tapi takpelah...hahaha. Apa2 pun kami terutama sekali aku berasa sangat happy dan enjoy walaupun penat dan byk masalah melanda fikiran. Sebab kami semua sekepala. Biarlah orang nak cakap apa pun.


Aku dan Maggie. Kekasih Gelapku.haha.

Aku dan Eyoi. Sangat happy.

Jadi kepada korang semua, thanks sebab berada di sisi aku ketika aku memerlukan seseorang. Thanks atas kata2 semangat dan dorongan. Luv uols!!! Esok kita kemana kita????aderlahhhh........

Thursday, March 19, 2009

Konsert Akademi Fantasia Minggu 1


Pada Sabtu lepas uols semua musti da tengok konsert AF yg pertama kan? Apa kah first impression anda semua? Bagi aku first impression aku, mereka seperti membuat konsep baru dari segi konsep kamera, konsep muzik, dan konsep kritikan. Tapi pembaharuan yg diorang buat mmg bagus. Sebab aku rasa AF kali ni nampak lebih matang dan pro. Bakat2 yg ditampilkan pun boleh dikatakan setara shj semua peserta. Jadi kita dapat tengok persaingan yang sengit antara peserta musim ke 7 ni. Tahniah2!.

Baiklah. Tiba masa untuk kita menilai para pelajar musim ketujuh ni selepas mereka mengeluarkan vokal mereka buat pertama kalinya Sabtu lepas. Pada aku semuanya mempunyai vokal yang tersendiri. Tone yang unik. Tapi secara peribadi, aku suka dan kagum dengan tone seorang pelajar lelaki ni yang bernama AKIM. Tone dia bagi aku sgt unik. Sebab ala2 serak2 basah gitu bila menyanyi. Dan ini bukan dibuat2 yer. Ini memang tone dia yang original. Dan gaya persembahan dia yang bersahaja masa konsert aritu pun memikat hati penonton. Walaupun dia ni dikatakan agak nakal dalam akademi. Tapi mungkin jika dia ubah perangai dengan menjadi lebih serius dan fokus, dia boleh beri yang lebih bagus untuk konsert akan datang.


Akim

Pelajar kedua yang aku kagumi tone suara dia adalah CLAUDIA. Sekali dengar dia nyanyi saling tak tumpah dengan diva negara kita iaitu Dayang Nurfaizah. Mungkin orang akan cakap "Kita taknak ade 2 Dayang" . Tapi si Claudia nih bukan tiru gaya vokal dayang atau seni persembahan beliau, Claduia ni mmg dilahirkan dengan tone suara seperti itu. Tidak lah 100 peratus ama dengan Dayang. Mungkin apa yang Claduia perlu buat ialah cari identiti sendiri. Fikir konsep Muzik yang sesuai dengan suara dan diri dia. Mungkin Dayang Ratu RNB, Claduia mungkin meminati genre muzik yang beralainan. Ada betolllll???????? Persembahan dia pada konsert minggu pertama agak memberansangkan dan simple. Tapi mesej nya sampai.


Claudia
Pelajar terakhir yang menjadi pilihan aku untuk konsert pada kali ini ialah ARIL. Kenapa? Ade yang kata vokal nya hanya sekadar biasa sahaja. Tiada apa yang menarik. Tapi yang menarik nya pada Aril ni ialah energy ataupun tenaga yang dikeluarkan semasa persembahannya. Mampu mempengaruhi pnonton. Mungkin bila ade waktu di mana konsert AF menjadi bosan, mungkin Aril mampu menaikkan mood para penonton.kan???Dia ni jugak pandai shuffle. Cuma baru-baru ni dia ada lah sedikit krisis dengan salah seorang pelajar wanita di akademi. Rini. Aku tak menyebelahi mana2 pihak cuma apa yang aku nak cakap, wanita memang sensitif dan hati mereka kene dijaga. THNXXX!!!hahahaha.


Nantikan KONSERT AKADEMI FANTASIA ke 2. Apakah ada yang akan tersingkir??? AFUNDI PELAJAR KESAYANGAN ANDA OKAYH???

Monday, March 2, 2009

-Sampai Menutup Mata-


Embun di pagi buta,
Menebarkan bau basah,
Detik demi detik kuhitung,
Inikah saat ku pergi?

Oh tuhan ku cinta dia,
Berikanlah aku hidup,
Takkan ku sakiti dia,
hukum aku bila terjadi.

aku tak mudah untuk dicintai,
aku tak mudah mengaku ku cinta,
aku tak mudah menyatakan aku jatuh cinta,
senandungku hanya untuk cinta,
tirakat ku hanya untuk engkau,
tiada dusta,
sumpah ku cinta,
sampai ku menutup mata...

Cintaku....


Sampai ku menutup....


Mata....

Sunday, March 1, 2009

-What a Weekend

Hai semua!!!aku telah aktif semula dalam dunia2 blog ni.YErlah lama sangat menyepi kan. So harap2 adalah yg membacanya yer.Hehe.Sepatutnya aku mulakan blog ni dengan satu aktiviti yang lain.Tapi disebabkan Gambar2 nya ada pada orang lain, so kene lah tunggu sekejap yer.Tapi apa kurang nya dengan yang ni.Oklah aku mulakan yer...

Aku bangun tidur pun sah2 lah dah tgh hari kan. 2 3 hari sebelum tu da plan dengan Didi@Chef DIDIER nak buat masak2 Ahad tu. So tepat pukul 3 DIDIER pun sampai la kat umah. Aku,Eyoi ngn Didi pun pergi ke GIANT untuk beli barang2 masak. Aku tak tau ape pun nak beli, pendek citer Didi yang pilih semua barang. Banyak jugak lah,tapi stok utk berhari lah.

Chef DIDIER pun mulalah memasak dengan professional nyer dan yakinnyer. Menu kami ialah Ayam masak LEMAK CILI PADI yer...favourite aku tuh. Dengan sayur,sbb tak lengkap kalau takder sayur. Sebagai artis,makanan yang seimbang amat penting buat kami.hahaha. Lepas da siap masak, kami pun apa lagi, balun lah macam org tak makan 10 hari. Si eyoi duk "hatchummmm!..hatchummmm!" Tak tahan bau belacan katanya...biaserlah......Orang yang lahir tak cukup vitamin ni.heheh.

Singgah lah di VILARIA INTAN CUISINE

Lepas dah makan2 semua, kitorang pun plan lah nak pergi ke masjid jamek sebab nak teman eyoi pergi beli kain nak buat baju kahwin. Tapi bak kata kitorang, Masjid Jamek tu sekadar destinasi untuk memanaskan badan sahaja.Warm up. Lepas tu adalah aktiviti lain yang bakal muncul kan....kataaaanyaaaa.....Tapi kami gerak agak lambat dalam pukul 9 malam mcm tu. Masing2 nak buat rambut kan.Masing2????ke aku sorang jer.hahah..So gerak pun dah lambat akibatnya,kedai pun sikit jer lah yg bukak.Tapi itu sbb hujan,bukan sbb pergi lambat. Tal lupa yer,ade yg mendapat gelaran malam itu...SITI PAYUNG.

Kami pun berangkat lah ke Bukit Bintang dalam keadaan hujan tu. Nasib baik SHAH ade kereta. Thnks GG.hehe. Sampai2 kat BB, taktau nak pi mana sbb ujan. So kitorang pun lepak lah kat kedai yang aku panggil CK cafe...nama glamour kan??? Sebenarnya CEKIK DARAH CAFE. Mana taknya,air minimum 4.00. So,kitorang pun minum jerlah. Harga tak padan ngn kedai yang beser2 jer. Nasib baik lah ade band. Kami siap request lagu lagi..IM YOURS. Mantoooppp!Terima kasih lah pada band itu yer kerana sudi menyanyi utk kami.


Terima kasih kepada KUGIRAN ini.
IM YOURS

Lepas dah lepak2 situ,kitorang pergi lah ke uptown Danau kota dengan harapan, tak ujan. Tapi ujan sikit2 jugak. Kedai pun tak byk bukak. So SHAH ajak makan kat satu kedai yang sedap...kataaaanyaaaa....tpi sedap jugak sbnrnyer.

TIBA2!!!!!!! Eyoi mendapat satu text msg dari Karmila bukan nama sebenar, yang menyatakan ada student dia mengalami keracunan klorox. Jadi kami pun bergegas ke Setiawangsa lebih tepat lagi Klinik IDZHAM utk bawak budak tu ke hospital terdekat. Atas panduan SHAH yang bawak kereta macam bawak menteri, kami sempat sampai tepat pada masanya. Agak lama jugak lah kat situ. Nak setel wad segala bagai. Haih....aku taktau nak cakap apalah kan. Tapi kadang2 sebab CINTA org sanggup buat apa shj. Sampai membahaykan nyawa sendiri. Sekurang2 nya malam tu aku sedar lah sesuatu. Kita jangan terlalu terpengaruh dgn CINTA. Kita kene tahu macam mana nak kawal perasaan dengan minda kita. Nyawa adalah perkara yang paling berharga. Cinta tu boleh tapi berpada2 lah. Jangan lah terlalu obses. Kalau yang tak bgus,ramai lagi yang kita boleh cari,yang boleh bahagiakan kita. okayh adik2 sekalian?heheheh.Aku bercakap ni sambil menasihati diri aku sendiri. So di kala2 tgh insaf tu sempat jugak aku pose...artis.


Dalam pukul 4.30 jugak lah sampai umah. Dah sampai umah ingt citer dah habis,belummmmmmm lagi daaaa. Pintu umah pulak takleh bukak.Stuck! Pehhhhh.Aku mmg taktau nak ckp aperlah kan.huhu. 30 minit puas mencuba,akhirnya DIDI jugak lah yg berjaya bukak pintu kami.Alhamdulillah. Kitorang pun makan lagi skali masak lemak tu.lapar kan. Lepas tu...apalagi...titolahhhhhh...hehehe...


S.E.K.I.A.N