Monday, November 29, 2010

-Hati Berkecai Seribu-


Haih apelah nak jadi dengan nasib aku ni korang2 oih. Dah macam orang yang hina cara aku dilayan. Aku sedar siapa diri aku ni, menumpang, tak kaya macam Datuk Siti Nurhaliza(kaka aku tu..). Tapi itu tak bermakna orang lain boleh sesuka hati layan aku macam barua. Sesuka hati suruh aku pergi,sesuka hati suruh aku datang... aku buat pengiraan sendiri, da masuk ni dah 4 kali aku disuruh pergi. Haih......hati aku nih yang dalam proses bercantum balik,brderai macam WTC runtuh dulu. Ape salah aku??? sebab aku online aku disuruh pergi???



Kenapa tak orang tu masukkan aku dalam Sangkar dia sendiri dan bagi aku makanan ikut time je. jadi macam binatang. Sebab aku rasa itu la function aku selama ni. Tiba-tiba aku teringat kat lagu Sangkar Cinta Ziana zain. Haih...Harijadi aku nak dekat (11.12.1987...tetap nak btau jugak). Ramai orang tak tahu yang hati aku jugak sebenarnya sangat sensitif dan mudah terguris..wahh ayat tak boleh blah. Tapi itulah kenyataan. Luar aku nampak ok n ceria tapi dalam tuhan je yang tahu, sebab tu aku suka kadang2 spend masa sorang2 dan itu jelah masa untuk aku melayan perasaan sedih aku ni.

Aku nak bersendirian dan nangis puas2 lepas tu aku nak moved on. Hati aku dah berbisik supaya suruh aku berhenti dari menyeksa ia.

*Selama aku bersabar dan terus mencurah kasih-sayang, ini yang aku dapat....
Aku Bukan Untukmu"

Sunday, November 28, 2010

-LePak"kIng"-


Tadi aku lepak kat mcd dengan seseorang...hehe status kat fb aku,aku letak status kat fb "lepak dengan seseorang yang PMS..".Hahahaha...Rakpelah malas pulak nak membebel pasal tu kat sini. Cukup2 lah kat FB je.

Aku ada terbaca blog sumone yang menceritakan pasal jerawat. Dia cakap stress boleh menyebabkan jerawat. Dan macam terasa je aku dengan ayat-ayat yang dikeluarkanya...Ade bunyi kabooom2 bagai.Heheheh. Tapi aku rasa stress tak menyebabkan jerawat. Itu semua mitos. Sebab aku hari-hari stress jugak tapi takde pun keluar jerawat. Aku lagi stress kot berbanding orang yang buat blog tu. Sampai naik2 blood pressure aku.Ermmm.....



Btw, masa aku lepak2 kat mcd tu, macam-macam orang aku jumpa. Semuanya mengundang aku untuk melihat penuh pelik. Contohnya:

1- Seorang budak perempuan berumur lingkungan 15thn,berambut blonde lepak dengan 3 lelaki dewasa yang juga berambut perang.(Semua Melayu)

2- Seorang makcik (kat tandas aku terserempak) bertudung memaki-maki anak perempuan dia yang masih kecil kat tandas sebab keluar dari toilet lambat.

3- Sekumpulan manusia yang terdiri daripada Cina,India,dan Melayu. SATU MALAYSIA!!!

4- Sepasang kapel dimana lelaki duduk main handset dan yang perempuan pun sibuk calling2.Hurmmmm......

Hurmmm.....macam-macam pattern orang aku jumpa. Kadang-kadang aku jadi malas nak lepak kat mcd sebab aku jadi stress bila tgk benda-benda yang aku tak hengen nak tgk!!!
Pernah pulak dalam minggu lepas aku lepak kat mcd dengan member2 aku,ada pulak sorang pakcik Cina ni dok maki2 pekerja mcd tu . Ntah ape la dosa die kat orang tua tu kan. Tak cukup maki budak tu, dia sambung pulak cerita-cerita dia kat kitorang. Aku malas nak layan, member aku Tia yang terpaksa angguk2 geleng2.Haih....

Hurm okalh korang..esok pagi aku kerja. Arghhh malas ikutkan tapi disebabkan kenjoyan dan kehappeningan yang akan aku dapat,aku sangat suka.hehehe. Tapi persoalannya bila balik kerja esok....hurmmm.....harap-harap tak Stress.hehe.

Chowww.....


Saturday, November 27, 2010

- MenaHaN DiRi-


Hai korang. Pernah tak korang cuba untuk menahan diri daripada membuat sesuatu? Tapi tak boleh dan korang akhirnya buat jugak. Aku sejujurnya memang selalu mcm ni. Tapi bila dah selalu sangat lama-lama akan buat aku sendiri terpikir satu soalan..."sampai bila?"..

Pengaruh sekeliling pun aku rasa mempengaruhi keputusan seseorang dalam menahan diri. Kadang-kadang hati cakap tak payah lah kuar jenjalan...membazir duit. Tapi bila kawan2 semua pergi, aku jadi terikut dan last2 aku pergi jugak. Ade sumone pernah cakap kat aku...

"Kalau nak tahu kita happy dengan diri kita sendiri, duduk sorang2 kat satu tempat dan tunggu..kalau kita rasa boring and nak kena ade kawan2 kat keliling maknanya kita tak happy dengan diri sendiri...kalau kita happy dan tenang bila duduk sorang2, kita happy dan bersyukur dengan diri sendiri.."


MASA KAT GENTING

Aku pernah try buat macam tu dan mula-mula aku rasa boring...terus aku teringat ape yg org tu ckp...Haih,pathetic jugak eak kalau tak happy dengan diri sendiri. So mulai dari itu aku terus bersyukur dengan apa yang aku ada dan happy dengan diri sendiri... Kawan-kawan memang penting, tapi kita kena tahu untuk bezakan kawan yang perlukan kita hanya untuk bersuka ria atau yang akan sentiasa berada dengan kita tak kira susah atau senang.

Ada jugak beberapa jenis orang yang aku perasan suka mencari perhatian di kalangan kawan-kawan. Ada sahaja cerita dia yang dia akan cuba jadikan untuk orang lain rasa ingin tahu. Hahaahha...itu memang kelakarlah..haih...Tapi kita tak boleh judge seseorang tu secara mendadak hanya kerana beberpa perangai negatif yang ada pada dia. Kita kena ingat setiap yang buruk musti ada yang baiknya pada seseorang itu.

Ada pulak orang yang aku jumpa, perangai mereka ni, suka mengumpat dalam kelompok mereka dan orang yang mereka umpat itu tergolong dalam kelompok dan kawan-kawan diorang sendiri. Senang cerita depan baik belakang amik pisau tikam. Kalau ya pun kita ada tak puas hati cakap depan-depan biar orang tu sedar silap dia. Itu baru dinamakan kawan....Betol tak? Jangan jadi terlalu kebudak-budak kan. Tak kemana pun.

Klah....penat pulak menaip panjang2 ni....heheh...

-PENDEK atau PANJANG-



Aku sekarang tengah konpius sama ada nak potong rambut pendek atau panjang. Ada yang cakap aku rambut panjang ok, tapi ade pulak yang kata aku rambut panjang ok. Hurmmm aku jadi konpius, tapi bagi aku personally rambut panjang aku lagi suka sbb senang urus. Sebab kalau rambut pendek aku kene style kan and wax hari-hari. Hurmmmmmm.......

Rambut Panjang



Rambut Pendek

Mana satu agak2 eak yang sesuai...Haih. Aku pun taktau la uols....Poning kepala memikirkannya..hurmmmm..

- ComPLiMeNt TO Chef YUhANIs !!!-

Burppppp.....Alhamdulillah kenyang aku hari ni...Pukul dua petang tadi, aku baru je terbangun tidur. Lambat eak bangun, biasa lah bak kata Cindy Crawford selagi takde job $10000 ke atas dia takkan bangun! Aku pun cuba buat mcm tu, tapi takut sampai ke mati aku takkan bangun.....hahaha... Bangun2 je aku cek msg ade msg dari mmber ofis Yun cakap kalau nak makanan sedap datang ar rumah die sbb die ade buat makanan catering untuk orang portugis nye Wedding. So aku pun dengan perut laparnya, terus "menuju ke destinasi yeah2"... Tapi before that singgah pi beli rokok dulu.

Dah sampai kat umah YUN , dia pun bagi makanan tu . Alangkah terkujat nya aku byk betol yang dia bungkuskan hanya untuk aku dan seorang lagi member aku makan! Fuhh, tapi ape yang lebih mengujatkan aku ialah, kami berjaya menghabiskannya...HAHAHA.

Antara Menu-menu yang disediakan oleh Chef Yuhanis ialah:


NASI BERIANI KARAM

AYAM MASAK MERAH

DAGING MASAK KURMA

ACAR RAMPAI


So aku dengan bangga dan gembiranya me Rating kan Chef Yuhanis 4.5 bintang daripada 5 bintang!!!! TAHNIAH!! 5 bintang tetap mak n bapak aku!hahaha

Kalau ada yang nak buat Catering untuk majlis2 sekitar Melaka ke boleh la roger2 aku k...

BURPPPPP.....Alhamdulillah.hehehe

Wednesday, November 24, 2010

Blood Pressure

Baru- baru ni aku pergi ke medical check up. Yang biasa-biasa punya medical check up la dekat satu medical center ni. Aku sampai awal, pukul 8.30 pagi tepat aku dah terpacak kat bahagian health screening. Lepas dah register semua aku pun duduk kat sofa, rasa macam nak tidur sbb malam sebelumnya aku tak cukup tidur. So dari sini korang dah tau yang aku letih kann?? tapi bukan sebab berlari or ape2 ke cuma sebab tak cukup tidur. So nurse yang cantik molek ala2 orang gaji datuk Tirana dalam TARI TIRANA tu panggil nama aku.."CIK Mohamad Fazree...Fazree!"
Cik katenye!!!kenapa tk panggil puan terus! Aku pun catwalk la tengah-tengah bilik tu untuk pergi buat ujian air kencing. Ternyata aku bersih dari sebarang unsur dadah ye! lepas buat test yang menjatuhkan maruah aku tu(sbb bawak sample air kencing tengah2 org ramai),aku pun duduk lagi kat sofa tu tunggu untuk buat x-ray.
Nurse tu pun panggil aku lagi sekali untuk buat x-ray. Aku diiring mcm permaisuri ok! Mamat radiologi tu suruh aku sandar kat plat besi sejuk tu untuk scanning...adela beberapa bahagian badan aku yang kebas masa tu!haha..

lepas tu, kemuncak segalanya berlaku! Aku pi timbang berat badan ngan amik tinggi. penting bagi aku ye sebagai seorang model berjaya.hahah
Nurse tu agak peramah masa buat checking berat and tinggi. Berat aku dia salah tulis ok! 59.5kg jadi 69.5 kg..pantas aku suruh dia tukar!

Akhirnya blood pressure aku di ukur....Dia tny "äwak baru lepas lari ke?"...aku jawab tak. Pastu dia cakap aku nye blood pressure tinggi sikit..Aku terus diam....dalam otak aku cuma satu benda je aku pikir...
Sebab STRESS..

Hurm...sebab itu lah lepas dari med check up aku fokus untuk menghappykan diri aku...hehehe....
harap korang pun dapat hapy kan aku...

Saturday, November 6, 2010

Birthday Wishlist



Hehe...ntah kenapa aku asyiks enyum je bila buat birthday wishlist ni. Walaupun pada hakikatnya ia sekadar wigh je kn. Hurm...Sebenarnya tak banyak yang aku idam kan untuk memiliki. Maybe sbb aku ni bukan jenis yang terlalu obses dengan barang kot. Tapi....stil ade barang yang aku rasa agak bagus jgk kalau aku ada...hehhe... Aku pernah dapat handphone,minyak wangi baju,kasut...dan sebainya untuk birthday aku yg lepas2...Untuk tahun ni aku teringin nak ade benda2 seperti di bawah ini dalam kotak hadiah yg diberikan pada aku.hahahah...
Pertama: NOKIA E72

Handphone Nokia E72 ni buat aku teringat pada E71 yang aku pernah ada...Tapi E72 ni aku rasa lebih canggih dan design dia lebih sophisticated. Even ramai yang skerang ni pakai BB,Iphone 4...Tapi aku tak berapa kempunan sgt dgn benda2 tu...sbb function sama je dgn yg laion2...hanya keistimewaan dari segi branding dengan private messenger. Aku pernah pakai iPhone and aku rasa memang iPhone bagus...seriously!!!So aku rasa nak pakai nokia balik..Ade dua phone pun bgus jgk ea...hehehe..

Kedua:



Kasut ala-ala paul Smith..hhehe....ni mmg saje je la aku nak kan.,takde reason spesifik pun. Teringin nak bergaya.tu je.hehe

So itu jelah birthday wish aku...Tak banyak pun..sikit je..kalau satu malaysia kumpul2 ramai2 pasti impian akan tercapai!!!!hahahahaha...

!!!WOW!!!


WOW!!! Lamanya aku tak update blog. Makan tahun siot!!Hehe...Takpelah yang penting aku update blog. Hurm.. Macam2 jadi sepanjang2 aku tk update blog nih. Kisah cinta,persahabatan...semuanya lah. Dan banyak juga la yang aku belajar dari kesilapan2 aku sepanjang tempoh masa tu. Takpelah... yang penting aku akan InsyaAllah cuba untuk update blog ni dari semasa ke semasa. Ok? hehehe...