Thursday, March 19, 2009

Konsert Akademi Fantasia Minggu 1


Pada Sabtu lepas uols semua musti da tengok konsert AF yg pertama kan? Apa kah first impression anda semua? Bagi aku first impression aku, mereka seperti membuat konsep baru dari segi konsep kamera, konsep muzik, dan konsep kritikan. Tapi pembaharuan yg diorang buat mmg bagus. Sebab aku rasa AF kali ni nampak lebih matang dan pro. Bakat2 yg ditampilkan pun boleh dikatakan setara shj semua peserta. Jadi kita dapat tengok persaingan yang sengit antara peserta musim ke 7 ni. Tahniah2!.

Baiklah. Tiba masa untuk kita menilai para pelajar musim ketujuh ni selepas mereka mengeluarkan vokal mereka buat pertama kalinya Sabtu lepas. Pada aku semuanya mempunyai vokal yang tersendiri. Tone yang unik. Tapi secara peribadi, aku suka dan kagum dengan tone seorang pelajar lelaki ni yang bernama AKIM. Tone dia bagi aku sgt unik. Sebab ala2 serak2 basah gitu bila menyanyi. Dan ini bukan dibuat2 yer. Ini memang tone dia yang original. Dan gaya persembahan dia yang bersahaja masa konsert aritu pun memikat hati penonton. Walaupun dia ni dikatakan agak nakal dalam akademi. Tapi mungkin jika dia ubah perangai dengan menjadi lebih serius dan fokus, dia boleh beri yang lebih bagus untuk konsert akan datang.


Akim

Pelajar kedua yang aku kagumi tone suara dia adalah CLAUDIA. Sekali dengar dia nyanyi saling tak tumpah dengan diva negara kita iaitu Dayang Nurfaizah. Mungkin orang akan cakap "Kita taknak ade 2 Dayang" . Tapi si Claudia nih bukan tiru gaya vokal dayang atau seni persembahan beliau, Claduia ni mmg dilahirkan dengan tone suara seperti itu. Tidak lah 100 peratus ama dengan Dayang. Mungkin apa yang Claduia perlu buat ialah cari identiti sendiri. Fikir konsep Muzik yang sesuai dengan suara dan diri dia. Mungkin Dayang Ratu RNB, Claduia mungkin meminati genre muzik yang beralainan. Ada betolllll???????? Persembahan dia pada konsert minggu pertama agak memberansangkan dan simple. Tapi mesej nya sampai.


Claudia
Pelajar terakhir yang menjadi pilihan aku untuk konsert pada kali ini ialah ARIL. Kenapa? Ade yang kata vokal nya hanya sekadar biasa sahaja. Tiada apa yang menarik. Tapi yang menarik nya pada Aril ni ialah energy ataupun tenaga yang dikeluarkan semasa persembahannya. Mampu mempengaruhi pnonton. Mungkin bila ade waktu di mana konsert AF menjadi bosan, mungkin Aril mampu menaikkan mood para penonton.kan???Dia ni jugak pandai shuffle. Cuma baru-baru ni dia ada lah sedikit krisis dengan salah seorang pelajar wanita di akademi. Rini. Aku tak menyebelahi mana2 pihak cuma apa yang aku nak cakap, wanita memang sensitif dan hati mereka kene dijaga. THNXXX!!!hahahaha.


Nantikan KONSERT AKADEMI FANTASIA ke 2. Apakah ada yang akan tersingkir??? AFUNDI PELAJAR KESAYANGAN ANDA OKAYH???

1 comment:

wan khairy said...

vote untuk AKIM.
thx.
hahaha.