Friday, December 10, 2010

-HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!-

Hai semua!!!

11.12.2010 iaitu hari sabtu. Mesti ramai yang ada jadikan tarikh ni sebagai tarikh untuk event special dalam hidup korang kan. Hehe, tapi bagi aku, aku memang ditakdirkan untuk menganggap tarikh ni sebagai tarikh yang amat penting dalam hidup aku sbb aku takkan wujud dalam dunia ni kalau no 11 ni tak ada dalam kalendar.

Sebenarnya aku dah lama excited nak tunggu ketibaan 11.12.2010 ni. Mana taknya dekat office tu aku asyik cakap je pasal ni. Hahaha,selagi ada peluang aku selitkan topik ni. Bukan ape, cuma sebagai peringatan kepada kawan2 kat opish tu ha yang semuanya ade amnesia. Hehe... Sebelum aku berangkat balik ke rmah semalam lepas kerja, ramai la yang tanya-tanya kat aku:

- Tak celebrate mana-mana ke?
-Ape je plan kau malam ni?
-Macam mana rasanya menjadi tua?(Agak berbaur hanjing ye soalan ini..AWAS!)

Jadi entry blog ini aku buat bagi menjawab soalan2 budak2 opish dan kawan2 aku ni supaya isnin takdelah aku kene repeat story macam kaset. Hehe...Anyway aku tak buat apa- party pun!
Sebab aku ni bukannya yang enjoy party sgt. Cukuplah sekadar ade kek,hadiah,kad, dan juga yang paling penting makanan!!!!Hehehe...

KAD DARI SI DIA

SO SWEET AYAT-AYATNYA

So petang semalam lepas balik daripada kerja, aku di suruh untuk tidak masuk kedapur oleh dia (Manusia X). Kononnya sebab ade surprise menu yang dia masak. Hehehe...So aku pun just habiskan masa melayan adik(anak kucing aku) yang asik melalak je sbb tak jmp orang(chumell je). Lepas X dah siap semua and dah packing2 semua kitorang pun bergerak ke suatu pantai yang berhampiran..Wahhh,best nih!!!!Sampai-sampai je kat pantai tu aku pun bukak la menu2 yang ada...Ternyata amat sedap ye makanan-makanan yang ada...cbe tgk bawah ni..(gambar tak clear sgt sbb gelap)

BROWNIES COFFEE BEAN

COFFEE CAKE DARI COFFEE BEAN

NYUM-NYUM

Ada spagheti tapi gambar takde. Tapi yang penting sangat sedap spagheti nya!!!!!nyum2.hehehe

Lepas dah makan-makan,isap rokok, borak-borak aku pun bukak lah kad birthday daripada X ni...Sungguh sweet ayat-ayat yang ditulis..Haih.....romantis!Hehehe. Lepas tu aku tgk hadiah yang di beri..Macam pernah tgk je hadiah yang aku dapat dari X ni, rupa-rupanya aku pernah cakap "bestnya kalau dapat benda ni"...Terus di belikannya untuk aku. Thank You!!!Muahhhxxx!

Kenyang pun dah kenyang, agenda seterusnya dah tak ada lagi so aku pun decide untuk balik ke rumah semula sbb masing-masing badan dah penat. Yang sorang masak daripada siang,pi jusco,pi sana sini...Kesian...Aku pulak penat seharian kat opish.

Sampai-sampai je kat rumah aku pun terus melayan adik macam biasa dan mula tengok Facebook. Ada ramai jugak yang wish aku dekat Facebook.Agak terharu la disitu sbb walaujpun tak pernah berjumpa dengan orang-orang kat FB ni tapi diorang still luangkan masa walaupun seminit untuk wish aku Happy Birthday. Thanks sangat2 aku ucapkan kepada semua Facebookers aku!!!!!hehehehe....Sayang korang!


MUAHHHXXX

Tak lupa jugak parents dan ahli keluarga aku yang tersayang wish aku Happy Birthday!Hehe sayang anda semua banyak2..Muahhhx!!!!!

Cakapp pasal birthday ni, aku yakin semua orang mesti buat azam baru kan lepas sambut birthday korang? Aku pun tak lepas dari semua tu. Aku taktau la kenapa tiba-tiba sumtin crossed otak aku ni utk buat sesuatu. Hurm,aku harap aku berjaya buat apa yang aku azamkan dan mendapat sokongan dari kengkawan dan jugak ahli keluarga!!!hehehe

Oklah korang,aku pun dah ngantuk sebenarnye ni...Nak isap WOKOK jap pastu booommmm!!!TITO.


THANKS AGAIN FOR ALL THE WISHES AND GIFTS!!!!!!

IM OFFICIALLY 22

Wednesday, December 1, 2010

-PotlucK KaT OPisHH-

Hai korang. pagi tadi aku bangun sangat awal ea,pukul 4 pagi aku dah bgun sebab aku tertido awal pukul 8 malam akibat ter-ting-tong. Ngantuk gile!!!!hukhuK. So aku bangun2 tido je terasa seperti suatu aura menrkam diri yang buat aku rasa macam ade benda je yang aku lupa buat...hurmm...Ya Allah baru aku ingat hari ni aku ada potluck kat opish and aku ditugaskan untuk bawa air. Aku tak beli lagi kordial semua. Tapi aku kan bijaksana seperti biasa, dengan tenang aku cakap kat diri aku sndiri..."takpe...7eleven kan ade..".So aku pun ilang la risau dan terus online seperti biasa..HAHAHA.

Tak Menyabo..

Pukul 7 aku siap2 and terus pi 7eleven dan beli air yang paling mahal kat situ..."RIBENA...Kelas kau Maria...". Kau ada???...hehehe. sampai-sampai kat opish sekor2 datang bawak makanan masing-masing. wah sedapnya lauk2 diorang eak....
Antara menu-menu nya ialah:

-Ayam masak Lemak cili api( Hani Madu)

-Sambal Sotong(Chef Yuhanis)

-Nasi dan sambal sardin(ejat)

-Nugget dan Hotdog(Iman dan Tia)

-Kuih Muih(Karen I TOT)

-Sambal Goreng(Kak Manja)

-AIR RIBENA[ kelas kau reez](REEZ)

Tya Tukang Cantik


Ejat Bird Bird

Itulah menu-menu yang ade. Ada jugak yang berlenggang, dan terlupa bawak barang yang ditugaskan. Tapi nasib baiklah Karen si I TOT jadi penyelamat. Hehehe...Walaupun namanya POTLUCK tapi konsep macam dah lari sikit la. But its okayh because we all had fun.HEHEHE.


Tapi harini ntah kenapa diorang suka la mengenakan aku je.Haih.....Shian aku...hehehe
Masa lunch kami makan lah makanan2 yang ada tu, dan yang bestnye Tim pasang movie Bruce Almighty. Pasang besor2 kat projector, dah macam tgk wayang Gold Class pun ade.


Iman Tubik Air


Dah mula dah..

(From the left:Iman,Yun,kak manja, Am)

with chef Yuhanis

(From the btm Left: Kak Manja, Hani, Yun, Kak Mani)

Makanan yang dibawa semuanya sedap-sedap dan memukau selera. Al-maklumlah
semuanya berdarah caterer. Macam aku berdarah artis.Weeee.....
Jadi aku ingin berterima kasih kepada budak-budak ofis yang membawa dan menjayakan program potluck ini. At least aku had fun dan release tension yang ada.


Happy.Ngeee.

P/S: Air citron aku tak hbis lagi ni.Hehehehe....Weee.......







Monday, November 29, 2010

-Hati Berkecai Seribu-


Haih apelah nak jadi dengan nasib aku ni korang2 oih. Dah macam orang yang hina cara aku dilayan. Aku sedar siapa diri aku ni, menumpang, tak kaya macam Datuk Siti Nurhaliza(kaka aku tu..). Tapi itu tak bermakna orang lain boleh sesuka hati layan aku macam barua. Sesuka hati suruh aku pergi,sesuka hati suruh aku datang... aku buat pengiraan sendiri, da masuk ni dah 4 kali aku disuruh pergi. Haih......hati aku nih yang dalam proses bercantum balik,brderai macam WTC runtuh dulu. Ape salah aku??? sebab aku online aku disuruh pergi???



Kenapa tak orang tu masukkan aku dalam Sangkar dia sendiri dan bagi aku makanan ikut time je. jadi macam binatang. Sebab aku rasa itu la function aku selama ni. Tiba-tiba aku teringat kat lagu Sangkar Cinta Ziana zain. Haih...Harijadi aku nak dekat (11.12.1987...tetap nak btau jugak). Ramai orang tak tahu yang hati aku jugak sebenarnya sangat sensitif dan mudah terguris..wahh ayat tak boleh blah. Tapi itulah kenyataan. Luar aku nampak ok n ceria tapi dalam tuhan je yang tahu, sebab tu aku suka kadang2 spend masa sorang2 dan itu jelah masa untuk aku melayan perasaan sedih aku ni.

Aku nak bersendirian dan nangis puas2 lepas tu aku nak moved on. Hati aku dah berbisik supaya suruh aku berhenti dari menyeksa ia.

*Selama aku bersabar dan terus mencurah kasih-sayang, ini yang aku dapat....
Aku Bukan Untukmu"

Sunday, November 28, 2010

-LePak"kIng"-


Tadi aku lepak kat mcd dengan seseorang...hehe status kat fb aku,aku letak status kat fb "lepak dengan seseorang yang PMS..".Hahahaha...Rakpelah malas pulak nak membebel pasal tu kat sini. Cukup2 lah kat FB je.

Aku ada terbaca blog sumone yang menceritakan pasal jerawat. Dia cakap stress boleh menyebabkan jerawat. Dan macam terasa je aku dengan ayat-ayat yang dikeluarkanya...Ade bunyi kabooom2 bagai.Heheheh. Tapi aku rasa stress tak menyebabkan jerawat. Itu semua mitos. Sebab aku hari-hari stress jugak tapi takde pun keluar jerawat. Aku lagi stress kot berbanding orang yang buat blog tu. Sampai naik2 blood pressure aku.Ermmm.....



Btw, masa aku lepak2 kat mcd tu, macam-macam orang aku jumpa. Semuanya mengundang aku untuk melihat penuh pelik. Contohnya:

1- Seorang budak perempuan berumur lingkungan 15thn,berambut blonde lepak dengan 3 lelaki dewasa yang juga berambut perang.(Semua Melayu)

2- Seorang makcik (kat tandas aku terserempak) bertudung memaki-maki anak perempuan dia yang masih kecil kat tandas sebab keluar dari toilet lambat.

3- Sekumpulan manusia yang terdiri daripada Cina,India,dan Melayu. SATU MALAYSIA!!!

4- Sepasang kapel dimana lelaki duduk main handset dan yang perempuan pun sibuk calling2.Hurmmmm......

Hurmmm.....macam-macam pattern orang aku jumpa. Kadang-kadang aku jadi malas nak lepak kat mcd sebab aku jadi stress bila tgk benda-benda yang aku tak hengen nak tgk!!!
Pernah pulak dalam minggu lepas aku lepak kat mcd dengan member2 aku,ada pulak sorang pakcik Cina ni dok maki2 pekerja mcd tu . Ntah ape la dosa die kat orang tua tu kan. Tak cukup maki budak tu, dia sambung pulak cerita-cerita dia kat kitorang. Aku malas nak layan, member aku Tia yang terpaksa angguk2 geleng2.Haih....

Hurm okalh korang..esok pagi aku kerja. Arghhh malas ikutkan tapi disebabkan kenjoyan dan kehappeningan yang akan aku dapat,aku sangat suka.hehehe. Tapi persoalannya bila balik kerja esok....hurmmm.....harap-harap tak Stress.hehe.

Chowww.....


Saturday, November 27, 2010

- MenaHaN DiRi-


Hai korang. Pernah tak korang cuba untuk menahan diri daripada membuat sesuatu? Tapi tak boleh dan korang akhirnya buat jugak. Aku sejujurnya memang selalu mcm ni. Tapi bila dah selalu sangat lama-lama akan buat aku sendiri terpikir satu soalan..."sampai bila?"..

Pengaruh sekeliling pun aku rasa mempengaruhi keputusan seseorang dalam menahan diri. Kadang-kadang hati cakap tak payah lah kuar jenjalan...membazir duit. Tapi bila kawan2 semua pergi, aku jadi terikut dan last2 aku pergi jugak. Ade sumone pernah cakap kat aku...

"Kalau nak tahu kita happy dengan diri kita sendiri, duduk sorang2 kat satu tempat dan tunggu..kalau kita rasa boring and nak kena ade kawan2 kat keliling maknanya kita tak happy dengan diri sendiri...kalau kita happy dan tenang bila duduk sorang2, kita happy dan bersyukur dengan diri sendiri.."


MASA KAT GENTING

Aku pernah try buat macam tu dan mula-mula aku rasa boring...terus aku teringat ape yg org tu ckp...Haih,pathetic jugak eak kalau tak happy dengan diri sendiri. So mulai dari itu aku terus bersyukur dengan apa yang aku ada dan happy dengan diri sendiri... Kawan-kawan memang penting, tapi kita kena tahu untuk bezakan kawan yang perlukan kita hanya untuk bersuka ria atau yang akan sentiasa berada dengan kita tak kira susah atau senang.

Ada jugak beberapa jenis orang yang aku perasan suka mencari perhatian di kalangan kawan-kawan. Ada sahaja cerita dia yang dia akan cuba jadikan untuk orang lain rasa ingin tahu. Hahaahha...itu memang kelakarlah..haih...Tapi kita tak boleh judge seseorang tu secara mendadak hanya kerana beberpa perangai negatif yang ada pada dia. Kita kena ingat setiap yang buruk musti ada yang baiknya pada seseorang itu.

Ada pulak orang yang aku jumpa, perangai mereka ni, suka mengumpat dalam kelompok mereka dan orang yang mereka umpat itu tergolong dalam kelompok dan kawan-kawan diorang sendiri. Senang cerita depan baik belakang amik pisau tikam. Kalau ya pun kita ada tak puas hati cakap depan-depan biar orang tu sedar silap dia. Itu baru dinamakan kawan....Betol tak? Jangan jadi terlalu kebudak-budak kan. Tak kemana pun.

Klah....penat pulak menaip panjang2 ni....heheh...

-PENDEK atau PANJANG-



Aku sekarang tengah konpius sama ada nak potong rambut pendek atau panjang. Ada yang cakap aku rambut panjang ok, tapi ade pulak yang kata aku rambut panjang ok. Hurmmm aku jadi konpius, tapi bagi aku personally rambut panjang aku lagi suka sbb senang urus. Sebab kalau rambut pendek aku kene style kan and wax hari-hari. Hurmmmmmm.......

Rambut Panjang



Rambut Pendek

Mana satu agak2 eak yang sesuai...Haih. Aku pun taktau la uols....Poning kepala memikirkannya..hurmmmm..

- ComPLiMeNt TO Chef YUhANIs !!!-

Burppppp.....Alhamdulillah kenyang aku hari ni...Pukul dua petang tadi, aku baru je terbangun tidur. Lambat eak bangun, biasa lah bak kata Cindy Crawford selagi takde job $10000 ke atas dia takkan bangun! Aku pun cuba buat mcm tu, tapi takut sampai ke mati aku takkan bangun.....hahaha... Bangun2 je aku cek msg ade msg dari mmber ofis Yun cakap kalau nak makanan sedap datang ar rumah die sbb die ade buat makanan catering untuk orang portugis nye Wedding. So aku pun dengan perut laparnya, terus "menuju ke destinasi yeah2"... Tapi before that singgah pi beli rokok dulu.

Dah sampai kat umah YUN , dia pun bagi makanan tu . Alangkah terkujat nya aku byk betol yang dia bungkuskan hanya untuk aku dan seorang lagi member aku makan! Fuhh, tapi ape yang lebih mengujatkan aku ialah, kami berjaya menghabiskannya...HAHAHA.

Antara Menu-menu yang disediakan oleh Chef Yuhanis ialah:


NASI BERIANI KARAM

AYAM MASAK MERAH

DAGING MASAK KURMA

ACAR RAMPAI


So aku dengan bangga dan gembiranya me Rating kan Chef Yuhanis 4.5 bintang daripada 5 bintang!!!! TAHNIAH!! 5 bintang tetap mak n bapak aku!hahaha

Kalau ada yang nak buat Catering untuk majlis2 sekitar Melaka ke boleh la roger2 aku k...

BURPPPPP.....Alhamdulillah.hehehe