Sunday, March 1, 2009

-What a Weekend

Hai semua!!!aku telah aktif semula dalam dunia2 blog ni.YErlah lama sangat menyepi kan. So harap2 adalah yg membacanya yer.Hehe.Sepatutnya aku mulakan blog ni dengan satu aktiviti yang lain.Tapi disebabkan Gambar2 nya ada pada orang lain, so kene lah tunggu sekejap yer.Tapi apa kurang nya dengan yang ni.Oklah aku mulakan yer...

Aku bangun tidur pun sah2 lah dah tgh hari kan. 2 3 hari sebelum tu da plan dengan Didi@Chef DIDIER nak buat masak2 Ahad tu. So tepat pukul 3 DIDIER pun sampai la kat umah. Aku,Eyoi ngn Didi pun pergi ke GIANT untuk beli barang2 masak. Aku tak tau ape pun nak beli, pendek citer Didi yang pilih semua barang. Banyak jugak lah,tapi stok utk berhari lah.

Chef DIDIER pun mulalah memasak dengan professional nyer dan yakinnyer. Menu kami ialah Ayam masak LEMAK CILI PADI yer...favourite aku tuh. Dengan sayur,sbb tak lengkap kalau takder sayur. Sebagai artis,makanan yang seimbang amat penting buat kami.hahaha. Lepas da siap masak, kami pun apa lagi, balun lah macam org tak makan 10 hari. Si eyoi duk "hatchummmm!..hatchummmm!" Tak tahan bau belacan katanya...biaserlah......Orang yang lahir tak cukup vitamin ni.heheh.

Singgah lah di VILARIA INTAN CUISINE

Lepas dah makan2 semua, kitorang pun plan lah nak pergi ke masjid jamek sebab nak teman eyoi pergi beli kain nak buat baju kahwin. Tapi bak kata kitorang, Masjid Jamek tu sekadar destinasi untuk memanaskan badan sahaja.Warm up. Lepas tu adalah aktiviti lain yang bakal muncul kan....kataaaanyaaaa.....Tapi kami gerak agak lambat dalam pukul 9 malam mcm tu. Masing2 nak buat rambut kan.Masing2????ke aku sorang jer.hahah..So gerak pun dah lambat akibatnya,kedai pun sikit jer lah yg bukak.Tapi itu sbb hujan,bukan sbb pergi lambat. Tal lupa yer,ade yg mendapat gelaran malam itu...SITI PAYUNG.

Kami pun berangkat lah ke Bukit Bintang dalam keadaan hujan tu. Nasib baik SHAH ade kereta. Thnks GG.hehe. Sampai2 kat BB, taktau nak pi mana sbb ujan. So kitorang pun lepak lah kat kedai yang aku panggil CK cafe...nama glamour kan??? Sebenarnya CEKIK DARAH CAFE. Mana taknya,air minimum 4.00. So,kitorang pun minum jerlah. Harga tak padan ngn kedai yang beser2 jer. Nasib baik lah ade band. Kami siap request lagu lagi..IM YOURS. Mantoooppp!Terima kasih lah pada band itu yer kerana sudi menyanyi utk kami.


Terima kasih kepada KUGIRAN ini.
IM YOURS

Lepas dah lepak2 situ,kitorang pergi lah ke uptown Danau kota dengan harapan, tak ujan. Tapi ujan sikit2 jugak. Kedai pun tak byk bukak. So SHAH ajak makan kat satu kedai yang sedap...kataaaanyaaaa....tpi sedap jugak sbnrnyer.

TIBA2!!!!!!! Eyoi mendapat satu text msg dari Karmila bukan nama sebenar, yang menyatakan ada student dia mengalami keracunan klorox. Jadi kami pun bergegas ke Setiawangsa lebih tepat lagi Klinik IDZHAM utk bawak budak tu ke hospital terdekat. Atas panduan SHAH yang bawak kereta macam bawak menteri, kami sempat sampai tepat pada masanya. Agak lama jugak lah kat situ. Nak setel wad segala bagai. Haih....aku taktau nak cakap apalah kan. Tapi kadang2 sebab CINTA org sanggup buat apa shj. Sampai membahaykan nyawa sendiri. Sekurang2 nya malam tu aku sedar lah sesuatu. Kita jangan terlalu terpengaruh dgn CINTA. Kita kene tahu macam mana nak kawal perasaan dengan minda kita. Nyawa adalah perkara yang paling berharga. Cinta tu boleh tapi berpada2 lah. Jangan lah terlalu obses. Kalau yang tak bgus,ramai lagi yang kita boleh cari,yang boleh bahagiakan kita. okayh adik2 sekalian?heheheh.Aku bercakap ni sambil menasihati diri aku sendiri. So di kala2 tgh insaf tu sempat jugak aku pose...artis.


Dalam pukul 4.30 jugak lah sampai umah. Dah sampai umah ingt citer dah habis,belummmmmmm lagi daaaa. Pintu umah pulak takleh bukak.Stuck! Pehhhhh.Aku mmg taktau nak ckp aperlah kan.huhu. 30 minit puas mencuba,akhirnya DIDI jugak lah yg berjaya bukak pintu kami.Alhamdulillah. Kitorang pun makan lagi skali masak lemak tu.lapar kan. Lepas tu...apalagi...titolahhhhhh...hehehe...


S.E.K.I.A.N

2 comments:

eyoi said...

whhhh...emm byk tul cite hari tukan..emmmpenat sgt2..dari satu cite ke satu cite......emm tpi pengalaman mlm tu best tpi memenatkan..lain yg dirancang lain yg jadi...

MAXWHITE Skincare said...

tau takper..
tapi tetap fun n enjoy n mendebarkannn