Saturday, November 27, 2010

- MenaHaN DiRi-


Hai korang. Pernah tak korang cuba untuk menahan diri daripada membuat sesuatu? Tapi tak boleh dan korang akhirnya buat jugak. Aku sejujurnya memang selalu mcm ni. Tapi bila dah selalu sangat lama-lama akan buat aku sendiri terpikir satu soalan..."sampai bila?"..

Pengaruh sekeliling pun aku rasa mempengaruhi keputusan seseorang dalam menahan diri. Kadang-kadang hati cakap tak payah lah kuar jenjalan...membazir duit. Tapi bila kawan2 semua pergi, aku jadi terikut dan last2 aku pergi jugak. Ade sumone pernah cakap kat aku...

"Kalau nak tahu kita happy dengan diri kita sendiri, duduk sorang2 kat satu tempat dan tunggu..kalau kita rasa boring and nak kena ade kawan2 kat keliling maknanya kita tak happy dengan diri sendiri...kalau kita happy dan tenang bila duduk sorang2, kita happy dan bersyukur dengan diri sendiri.."


MASA KAT GENTING

Aku pernah try buat macam tu dan mula-mula aku rasa boring...terus aku teringat ape yg org tu ckp...Haih,pathetic jugak eak kalau tak happy dengan diri sendiri. So mulai dari itu aku terus bersyukur dengan apa yang aku ada dan happy dengan diri sendiri... Kawan-kawan memang penting, tapi kita kena tahu untuk bezakan kawan yang perlukan kita hanya untuk bersuka ria atau yang akan sentiasa berada dengan kita tak kira susah atau senang.

Ada jugak beberapa jenis orang yang aku perasan suka mencari perhatian di kalangan kawan-kawan. Ada sahaja cerita dia yang dia akan cuba jadikan untuk orang lain rasa ingin tahu. Hahaahha...itu memang kelakarlah..haih...Tapi kita tak boleh judge seseorang tu secara mendadak hanya kerana beberpa perangai negatif yang ada pada dia. Kita kena ingat setiap yang buruk musti ada yang baiknya pada seseorang itu.

Ada pulak orang yang aku jumpa, perangai mereka ni, suka mengumpat dalam kelompok mereka dan orang yang mereka umpat itu tergolong dalam kelompok dan kawan-kawan diorang sendiri. Senang cerita depan baik belakang amik pisau tikam. Kalau ya pun kita ada tak puas hati cakap depan-depan biar orang tu sedar silap dia. Itu baru dinamakan kawan....Betol tak? Jangan jadi terlalu kebudak-budak kan. Tak kemana pun.

Klah....penat pulak menaip panjang2 ni....heheh...

No comments: